12 GOLONGAN BANGKIT DARI KUBUR
Firman
Allah SWT dalam surah Al-Naba ayat 18: "Yaitu hari (yang pada waktu
itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok. "Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh
Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan
oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila
bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan
memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah karena mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan shalat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan ke luar nanah dan darah
dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mau menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik yaitu kepala di bawah dan
kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru
dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim
secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan
penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang
berani melawan kedua ibu bapaknya.
11. Mereka yang buta matanya
dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut,
dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum
minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke surga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan
menjauhi maksiat serta mendirikan shalat lima waktu dan mati dalam
keadaan bertaubat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar