TAUHIDUL
IBADAH
Pengabdian
diri manusia boleh berlaku kepada siapa sahaja berasaskan kefahaman dan
keyakinan seseorang. Bagi muslim,
pengabdian tidak sekali-kali boleh berlaku melainkan hanya kepada Allah penuh
ikhlas. Keikhlasan dalam beribadah ini
dapat dicapai menerusi dua perkara yang saling berkait antara satu sama
lain. Pertama dengan mengkufuri segala
thogut, menjauhkan diri dari thagut dan tidak pula berlaku syirik kepada
Allah. Dalam masa yang sama mestilah
tertahqiq juga keimanan kepada Allah langsung mengabdikan diri hanya kepada
Allah semata-mata. Apabila tauhidullah
tercapai dengan sempurna maka disitulah tercapainya tauhidul ibadah karena asas
tauhidul ibadah adalah tauhidullah yang mantap.
Tauhidullah - Ikhlas.
Mentauhidkan Allah secara ikhlas dalam segala pengertian rububiyah, mulkiyah dan uluhiyahnya menjadi kan kita seorang yang betul-betul beriman kepada Allah secara sahih.
Dalil :
· Q.112:1-3,
Katakanlah Muhammad, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat pergantungan. Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan.
· Q.38:83,
Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas diantara mereka.
1. Mengingkari Thagut.
Unsur
pertama di dalam mentauhidkan Allah secara ikhlas adalah unsur penolakan iaitu
tercetus dalam hati rasa keingkaran terhadap thagut. Hati tidak dapat menerima kehadiran thagut
lantaran iman kepada Allah.
Dalil :
· Q.2:256,
Sesiapa yang mengkufuri thagut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah
berpegang dengan tali yang teguh.
· Q.4:60,
Mereka hendak meminta hukum kepada thagut sedang mereka disuruh kufur terhadap
thagut. Syaitan menghendaki supaya dia
dapat menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
1.1. Menjauhi Thagut.
Bukan
sekedar perasaan dalaman sahaja mengingkari thagut bahkan secara lahiriahnya
juga berusaha sedaya mungkin menepati tuntutan tersebut dalam apa juga hal.
Dalil :
· Q.16:36,
Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah thagut.
· Q.39:16-18,
Orang-orang yang menjauhi dari menyembah thagut dan kembali kepada Allah untuk
mereka itu kabar gembira. Maka berilah
kabar gembira kepada hamba-hambaKu.
1.2. Tidak Adanya Syirik.
Apabila
kita telah melengkapi ciri-ciri ini, dimana hati kita menolak thagut dan amal
perbuatan kita juga tidak selari dengan jalan thagut bahkan menyisih diri
darinya maka pergantungan kita hanyalah semata-mata kepada Allah
azzawajalla. Kita tidak lagi mensyirik
kan Allah dengan sesuatu yang lain.
Dalil :
· Q.39:3,
Ingatlah, (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan
bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain
dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata) : “Kami tidak
menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada
Allah sehampir-hampirnya”, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka
(dengan orang orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka
berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah
tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta
(mengatakan yang bukan-bukan), lagi senantiasa kufur (dengan melakukan syirik).
· Q.39:11,
Katakanlah lagi (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”.
· Q.39:14,
Katakanlah lagi : “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan
agamaku kepadaNya”.
2. Iman Terhadap Allah.
Unsur
kedua di dalam mentauhidkan Allah secara ikhlas adalah unsur penerimaan iaitu
unsur menerima keimanan kepada Allah sepenuh hati. Keimanan yang jitu tidak akan menempati
dihati jika unsur pembersihan dari karat-karat keyakinan kepada thagut tidak
dibasmikan.
Dalil :
· Q.2:256,
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), karena sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan thogut, dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)
yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
2.1. Mengabdikan Diri Hanya Kepada Allah.
Bukti
kepada penerimaan hati terhadap keimanan kepada Allah tidak akan dapat dilihat
kecuali dengan pengabdian diri yang sepenuhnya kepada Allah SWT. Tidak tunduk atau taat melainkan apa yang
bersesuaian dengan tuntutan keimanan kepada Allah SWT.
Dalil :
· Q.16:36,
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap ummat seorang
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : “Hendaklah kamu menyembah
Allah dan jauhilah Thagut”. Maka di
antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah
petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan ummat-ummat yang mendustakan
Rasul-Rasulnya.
2.2. Mengesakan Allah dalam Beribadah.
Dalam
ibadah-ibadah yang dilakukan senantiasa mengesakan Allah. Tidak mencampur-aduk kan dengan
perihal-perihal lain yang boleh membawa arti syirik, riya’ dan sebagainya
seperti beribadah supaya dipuji orang dan seterusnya.
Dalil :
· Q.98:5,
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya
mereka mendiri kan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar